Southwest (Kerteh) Travel & Tours Sdn.Bhd

This is the new text page Pakej Tour (Palestin+Syria+Jordan).

PACKAGE TOUR -> Palestin - Syria - Jordan JELAJAH BUMI PALESTINE – SYRIA – JORDAN ( 11H/9M )

HARI 01 KLIA - AMM - ( 21 JAN 2011 )

Berkumpul di KLIA pada jam 8.00 malam Urusan bagasi dan menerima boarding pass. Bertolak ke Amman pada jam 10.30 malam.

HARI 02 AMMAN-PETRA-AMMAN - ( 22 JAN 2011 )

Sampai di Amman jam 5.00 pagi. Urusan imegresen dan mengambil bagasi. Bertolak Amman menaiki bas dan singgah di restoran tempatan untuk sarapan pagi. Bertolak ke Petra untuk melawat Gunung yang diukir menjadi bangunan. Makan tengahari di restoran tempatan. Pulang ke Amman, check in hotel, makan malam dan berehat.

HARI 03 AMMAN-RAMTHA BORDER-DAMASCUS - ( 23 JAN 2011 )

Selepas sarapan pagi, Bertolak ke Ramtha border (sempadan antara Jordan dan Syria. Menuju ke Bosra, melawat Amphitheatre dan Gereja yang pernah Nabi Muhammad singgah ketika beliau menolong bapa saudaranya berniaga di Syam ketika zaman kanak-kanak. Makan tengahari, bertolak ke Damascus, Check in Hotel. Makan malam dan berehat.

HARI 04 DAMASCUS-HAMA-ALEPPO - ( 24 JAN 2011 )

Sarapan pagi.bertolak ke Hama City DAN MELAWAT Kinci air lama, kota sejarah Aphamia dan makan tengahari. Bertolak ke Aleppo. Check in Hotel. Makan malam dan berehat.

HARI 05 ALEPPO –HOMS - ( 25 JAN 2011 )

Selepas sarapan pagi melawat Citadel, dan membeli belah di Covered Bazar. Kemudian menuju keGrand mosque., di dalamnya terdapat maqam nabi zakaria( bapa nabi Yahya) yang dibunuh oleh bani Israel. Beliau wafat kerana digergaji. Kemudian melawat kota lama caravansaries dan crack des Chevaliers. Makan tengahari. Bertolak ke Homs, melawat Masjid khalid al-walid. Di dalamnya terdapat maqam Khalid Al-walid, maqam Abdul rahman bin Khalid Al-walid (anaknya) dan maqam Abdullah bin Umar Al-khatab. Kemudian melawat Maqam Bilal bin Rabah yang merupakan seorang sahabat Nabi Muhamad dan seorang Muazzin. Check in hotel. Makan malam dan berehat.

HARI 06 DAMSYIK - ( 26 JAN 2011 )

Sarapan pagi, bertolak ke Damascus, melawat National Muzium. Kemudian kompleks Masjid Umayyah, di dalamnya terdapat maqam Kepala nabi Yahya yang di pancung oleh Bani Israel dan maqam kepala saidina Husin (cucu Nabi Muhammad). Di situ juga terdapat Menara Abyad iaitu tempat turunnya Nabi isa a.s ketika hendak berlaku hari kiamat. Kemudian melawat maqam pahlawan islam yang gagah berani iaitu Salahudin Al-Ayubi. Kemudian melawat maqam Saiditina Ruqayyah Al-Ayubi iaitu cucu Nabi Muhammad. Makan tengahari,kemudian melawat Ahlul Bait iaitu : Maqam Muawiyah bin Abu Sufian, maqam Saidina Abdullah bin Imam Zainal Abidin bin Imam Husin bin Ali bin Abi Talib, maqam kepala-kepala Syuhada seramai 16 orang, yang di pancung di karbala dan bekas menyimpan kepala. Maqam cucu Rasulullah iaitu Ummu Kalthum Bt Saidina Ali dan cicit Rasulullah iaitu Ummu Sukainah Bt Husin bin Ali, kemudian melawat maqam isteri-isteri Rasulullah iaitu Ummu Habibah dan Ummu Salamah. Kemudian bertolak ke Bukit Qasiun untuk melihat keindahan bandaraya Damsyik. Check in Hotel. Makan malam dan berehat.

HARI 07 DAMSYIK-BOSRA-AMMAN - ( 27 JAN 2011 )

Sarapan pagi, membeli belah di Bazar Hamidiyyah, kemudian melawat maqam Habil, beliau adalah anak nabi Adam A.S merupakan manusia yang pertama menunggal dunia dan dibunuh oleh saudaranya Qabil. Makan tengahari. Bertolak ke Ramtha Border dan pulang ke Amman. Check in Hotel. Makan malam dan berehat.

HARI 08 AMMAN-ALENBY BRIDGE-JURUSALEM (PALESTIN) - ( 28 JAN 2011 )

Sarapan pagi, bertolak ke Palestin dan melawat maqam Nabi Musa dan masjidnya, makan tengahari, kemudian bertolak ke masjid Al-Aqsa dan Dome Of The Rock. Disitu terdapat batu tergantung dan dua masjid bawah tanah. Pertama masjid Al-Marwan berusia 1600 tahun dan disebelahnya masjid asal Al-Aqsa berusia 3500 tahun. Sembahyang di masjid Al-Aqsa zohor dan asar, kemudian melawat Wailing Wall iaitu cara orang yahudi sembahyang dengan menghantukkan kepala kedinding Baitul Maqdis. Disitu juga terdapat terowong yang digali oleh yahudi dengan tujuan untuk ke masjid Al-Aqsa. Kemudian melawat makam Rabiatul Al-Adawiyah dan melawat masjid serta makam sahabat Nabi Muhammad iaitu Salman Al-Farisi (sahabat yang mencadangkan membina parit ketika perang khadak). Check in hotel makan malam dan bersembahyang maghrib dan isyak di Al-Aqsa kerana hotel berdekatan dengan Baitul Maqdis (10 minit jalan kaki)

HARI 09 BAITULLAHAM-HEBRON - ( 29 JAN 2011 )

Sarapan pagi. Bertolak ke Baitullaham untuk melawat tempat kelahiran Nabi Isa dan masjid Khalifah Umar Al-Khattab, selepas itu bertolak ke Hebron, disitu terdapat masjid dan makam Nabi Ibrahim bersama isterinya Sarah iaitu ibu Nabi Ishak, makam Nabi Ishak dan isterinya Laiqah dan makam anak Nabi Ishak iaitu Nabi Yaacob bersama isterinya Rifqah. Disitu juga terdapat tapak kaki Nabi Ibrahim. Bertolak ke Al-Aqsa dan sembahyang, kemudian pulang ke hotel, makan malam dan sembahyang di Al-Aqsa

HARI 10 JURUSELAM-AMMAN - ( 30 JAN 2011 )

Sembahyang subuh di Al-Aqsa, sarapan pagi, Chek out hotel dan lawatan ke sekitar Jericho dan Juruselam. Jemaah akan di bawa ke Allanby Bridge untuk menuju ke Amman, selepas menyeberangi Allenby Bridge, jemaah dibawa ke Dead Sea. Jemaah akan menikmati makan tengahari di restoran tempatan di Dead Sea, jemaah boleh mandi dan merendam kaki. Selepas itu, jemaah akan dibawa menziarahi makam Nabi Shuib AS dan Gua Ashabul Kahf. Makan malam di Chinnese restoran. Bertolak ke Alia international Airport, check in bagasi dan mengambil boarding pass.

HARI 11 AMMAN-KUALA LUMPUR 31 JAN 2011

Bertolak ke Kuala Lumpur pada jam 2.00 pagi. Dijangka tiba di KLIA pada jam 7.00 malam.

HARGA PAKEJ SEORANG ( RM ) : Hotel Penginapan Bilik Seorang Bilik Berdua KANAK-KANAK Berkatil Tanpa Katil Hotel 3 *** @ setaraf RM 9135 RM 8390 RM 7990.

* Harga & aturcara tertakluk pada perubahan semasa tanpa notis. HARGA TERMASUK : Tiket kapal terbang pergi-balik Penginapan di Juruselam, Amman & Syria. Makanan dan minuman Pengangkutan Tiket-tiket masuk ke tempat-tempat yang bersejarah. Jordan tax x 3 Juruselam Visa Allenby tax (Jordan) x 2 Allenby tax (Juruselam) Syiria tax x 2.

HARGA TIDAK TERMASUK Tip untuk pemandu bas (Jordan,syiria,palestin) Tip untuk pemandu pelancong (Jordan, syiria,palestin,petra) Tip angkat beg untuk penginapan 7 buah hotel Tip angkat beg di airport Jordan Tip untuk Horse Boy di Petra (USD 5) Minuman untuk makan tengahari di Petra. Lebihan bagasi

PERHATIAN: 1. Keseluruhan tip USD 40 seorang tidak termasuk Horse Boy. Hendaklah diserahkan di KLIA. 2. Harga tertakluk kepada perubahan harga tiket dan Airport tax tanpa sebarang notis. 3. Terdapat beberapa restoran yang tidak menyediakan minuman untuk makan tengahari & makan malam. ( Bayaran untuk Minuman ditanggung sendiri oleh peserta)

LAWATAN TAMBAHAN: 1. Lawatan ke Maqam Nabi Harun di Petra Jordan. 2. Gunung Nebo Jordan. Tempat wafatnya Nabi Musa tetapi di maqamkan di Palestin 3. Maqam Nabi Daud di Palestin 4. Maqam Rahil (ibu kepada Nabi Yusuf dan Bunyamin) dan juga merupakan isteri kepada Nabi Yaacob di Palestin. 5. Makan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz ( Khalifah daripada Bani Umaiyah) di Syria. 6. Melawat Makam Nabi Yunus di Palestin. p/s : Jika ada kelapangan waktu, para jemaah boleh mengikuti lawatan tambahan dengan bayaran USD 60 seorang.

PENGINAPAN: AMMAN BAITUL MAQDIS DAMSYIK ALEPPO HOMS HOTEL3 *** @ setaraf LIWAN HOLLY LAND HOTEL 1. DAMASCUS INTERNATIONAL 2. YAFFOUR RESORT PARK HOTEL GRAND HOMS HOTEL

Tarikh Penerbangan: 21 Jan 2011 RJ 181

                                       21 JAN 2011 KUL/AMM 2230/0500 RJ 180

                                       31 JAN 2011 AMM/KUL 0200/1900

Maklumat pembayaran dan no akaun bank:

Deposit : RM500 seorang semasa pendaftaran, bayaran penuh 3 minggu sebelum tarikh berlepas

Bank :Maybank

Bank Akaun No :563082004268(Southwest POTO(KERTEH)Travel&Tours)

Southwest (Kerteh) Travel & Tours 

 

 Hadis Nabi Muhammad s.a.w Barangsiapa ziarah ke Baitulmaqdis semata-mata kerana mengharapkan pahala dari Allah s.w.t, Allah s.w.t akan berikan pahala seribu orang mati syahid dan mengharamkan jasadnya dari api neraka. “

KEMBALI KE HALAMAN UTAMA